Friday, May 10, 2013

Mufti Makkah Syeikh Muhammad Sa'id bin Muhammad Babushail Al-Hadhramiy, Fadha'il Ahlulbait Rasulullah s.a.w

Fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w.,
oleh Mufti Makkah, Syeikh Muhammad Sa'id bin Muhammad Babushail Al-Hadhramiy, dalam risalahnya yang berjudul 'Ad-Durarun-Naqiyyah Fi Fadha'ili Dzurriyyati Khairil-Barriyyah'

 
http://ahlulbaitrasulullah.blogspot.com/2013/05/hadits-tentang-fadhail-ahlulbait.html

Demikian pula keadaan manusia dewasa ini, kesentosaan mereka tergantung pada kesentosaan agama dan syari'at yang ditinggalkan oleh seorang Nabi akhir zaman yang datang dari baitun-nubuwwah, yaitu Nabi Muhammad s.a.w. Keselamatan manusia dari cobaan dan malapetaka tergantung pada sikap manusia sendiri dalam melestarikan kesentosaan ajaran agama yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Malapetaka dan berbagai macam bencana pasti akan menimpa kehidupan ummat manusia manakala mereka menjauhi kebenaran dan keadilan yang diajarkan Muhammad Rasulullah s.a.w. dan bernaung kepada hal-hal selain Allah dan tuntutan agama-Nya.  

Barangsiapa yang merenungkan murka Allah yang ditimpakan kepada seorang manusia atau sebuah negeri yang memusuhi-Nya, ia dapat memahami bahawa turunnya azab itu akibat sikap manusia sendiri yang tidak menghiraukan agama Allah.  

Nabi Muhammad diangkat sebagai penghulu semua Nabi dan Rasul serta sebagai Nabi terakhir pembawa agama Allah yang terakhir, Islam. Maha Benar Allah yang telah menyatakan bahwa mereka itu telah dianugerahi keutamaan mengungguli semua keutamaan yang ada di dunia dan di alam semesta.
Keistimewaan-keistimewaan khusus lainnya dilimpahkan Allah s.w.t. kepada mereka ialah, bahawa Allah meniadakan azab umum dari ummat manusia. Tidak seperti ummat-ummat sebelum mereka yang selalu dikenakan azab umum apabila sudah banyak orang yang mendustakan para Nabi dan Rasul yang diutus Allah kepada mereka; seperti azab umum yang ditimpakan Allah kepada ummat Nabi Nuh a.s, ummat Nabi Salleh a.s, ummat Nabi Luth a.s dan lain-lain.


Mufti Makkah Syeikh Muhammad Sa'id bin Muhammad Babushail Al-Hadhramiy – rahimahullah – mengetengahkan nas-nas hadits Rasulullah s.a.w. mengenai fadha'il ahlulbait dan keturunan beliau s.a.w., di dalam sebuah risalah yang ditulisnya berjudul 'Ad-Durarun-Naqiyyah Fi Fadha'ili Dzurriyyati Kharil-Barriyyah', dicetak di kairo pada tahun 1969 M/1389 H. 

Pada bahagian pertama risalah tersebut Syeikh Muhammad Sa'id menerangkan makna 'ahlulbait' berdasarkan hadits-hadits shahih. Dalam hal itu ia mengatakan sebagai berikut: "…ayat Al-Qur'an yang mengenai ahlulbait" (yakni ayat 33 surah Al-Ahzab) tidak menolak pengertian tentang masuknya para isteri Rasulullah s.a.w. dalam lingkungan ahlulbait Rasulullah s.a.w., kerana kata 'ahlul-bait' mencakup dua pengertian, iaitu: keluarga yang tinggal serumah (baitus-sukna) dan keluarga menurut silsilah (batin-nasab). Para isteri Rasulullah s.a.w. adalah keluarga yang tinggal serumah dengan beliau s.a.w., sedangkan kaum kerabat beliau (termasuk anak cucu keturunan beliau) adalah keluarga senasab. Ayat tersebut pada dasarnya turun berkenaan dengan hak dan kewajipan para isteri Nabi. Akan tetapi dengan adanya hadits-hadits yang menunjukkan, bahawa ayat tersebut mencakup ahlulbait sukna dan ahlulbait senasab, maka pengertian mencakup semua pihak…"

Mengenai fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w. Syeikh Muhammad Sa'id mengetengahkan nas-nas Al-Qur'an dan hadits seperti di bawah ini:

"Katakanlah (hai Muhammad): 'Kepada kalian aku tidak minta upah apa pun juga atas seruanku kecuali kasih-sayang dalam kekeluargaan'. Barangsiapa berbuat kebajikan baginya Kami tambahkan kebaikan pada kebajikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Membalas syukur". [Asy-Syura: 23]
Imam Ahmad bin Hanbal, Thabraniy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Ibnu 'Abbas r.a yang mengatakan, bahawa setelah turun ayat tersebut di atas, para sahabat bertanya:
"Ya Rasulullah, siapakah kerabat anda yang wajib kita berkasih sayang kepada mereka?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "'Ali, Fatimah dab dua orang anak mereka berdua".
Abu Syeikh meriwayatkan sebuah hadits dari Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a yang mengatakan bahawa:
"Ayat Haa Miim turun berkenaan dengan diri kami".
Yang dimaksud dengan ayat 'Haa Miim' adalah ayat tersebut di atas. Selanjutnya Imam 'Ali r.a mengatakan:
"Tidak ada yang memelihara kasih sayang kepada kami selain orang yang beriman". 

hadits-hadits yang menerangkan fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w. banyak sekali. Beberapa di antaranya adalah:

1. Hadits yang diriwayatkan oleh Thabraniy, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Allah menciptakan keturunan setiap Nabi dari tulang sulbinya sendiri, namun Allah menciptakan keturunanku dari tulang sulbi 'Ali bin Abi Thalib".
Abulkhair dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Al-'Abbas, paman Nabi, bahawa pada suatu hari 'Ali bin Abi Thalib r.a datang menghadap Rasulullah s.a.w., dan di tempat itu hadir Al-'Abbas. Setelah Rasulullah s.a.w. menjawap ucapan salam 'Ali bin Abi Thalib r.a beliau berdiri, kemudian merangkulnya dan mencium keningnya, lalu dipersilakan duduk di sebelah kanan beliau. Ketika itu Al-'Abbas bertanya: 'Ya Rasulullah, apakah anda mencintai dia'? Beliau menjawap:
"Paman, demi Allah, Allah lebih mencintai dia daripada aku. Allah Azza wa Jalla menjadikan keturunan setiap Nabi dari tulang sulbinya sendiri, namun Allah menjadikan keturunanku dari tulang sulbi orang ini". 
Al-Bukhariy di dalam 'Shahih'nya meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abu Bikrah Ats-Tsaqafiy r.a yang mengatakan sebagai berikut:
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkata dari atas mimbar – al-Hasan di samping beliau, beliau sebentar melihat kepadanya dan sebentar melihat kepada hadirin
“Puteraku ini adalah sayyid. Mudah-mudahan dengan dia Allah kelak akan mendamaikan dua golongan kaum Muslimin".
Tirmudziy mengetengahkan sebuah hadits berasal dari Usamah bin Zaid r.a yang mengatakan sebagai berikut:
"Saya melihat Rasulullah s.a.w. duduk memangku al-Hasan dan al-Husein, kemudian beliau berkata: Dua orang anak ini anak-anakku dan anak-anak Fatimah. Ya Allah, aku mencintai dua anak ini, maka cintailah mereka berdua dan cintailah pula orang yang mencintai kedua-duanya".
Dalam kitab 'Al-Hilyah' Abu Nu'aim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a yang menceritakan kesaksiannya, bahawa pada suatu hari di saat Rasulullah s.a.w. sedang mengimami sholat jama'ah, tiba-tiba datanglah al-Hasan r.a. Di saat Rasulullah s.a.w. sedang sujud al-Hasan yang masih kecil itu naik ke atas punggung beliau, kemudian turun dan naik lagi ke atas tengkuk beliau. Rasulullah s.a.w. mengangkat anak itu perlahan-lahan. Selesai sholat para sahabat berkata: Ya Rasulullah, anda memperlakukan anak itu tidak seperti perlakuan yang anda berikan kepada siapa pun juga. Rasulullah s.a.w. menjawap:
"Anak ini raihanahku, Anakku ini adalah sayyid, semoga dengan dia Allah akan mendamaikan dua golongan kaum Muslimin". 
Al-Hafidz As-Salafiy meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah r.a yang mengatakan, bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersama saya pergi ke tempat perniagaan Bani Qainuqa. Sekembalinya dari tempat itu beliau masuk ke masjid, kemudian menyuruh saya:
"Panggilkan anakku…" Al-Hasan bin Ali segera datang lalu masuk ke dalam hijr beliau, Rasulullah s.a.w. kemudian membuka mulut al-Hasan dan berdoa di depan mulutnya:
"Ya Allah, aku mencintai dia maka cintailah dia dan cintailah orang yang mencintainya – beliau mengucapkannya tiga kali".
Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Musawwar bin Makhramah radhiyallahu 'anhuma; bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang membuatnya marah membuatku marah dan apa yang melegakannya melegakan aku. Sesungguhnya bahawa semua nasab akan terputus pada hari kiamat, selain nasabku, sebabku dan menantuku".

Thabraniy meriwayatkan sebuah hadits dari Siti Fatimah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:
"Semua anak yang dilahirkan oleh ibunya bernasab kepada ayah mereka kecuali anak Fatimah; akulah wali mereka, akulah nasab mereka dan akulah ayah mereka".
Al-Baihaqiy, Thabraniy dan lain-lainnya meriwayatkan, bahawa ketika Umar Ibnul-Khatthab r.a meminang puteri Imam 'Ali r.a yang bernama Ummu Kaltsum (puteri Siti Fatimah Az-Zahra r.a), ia berkata:
Lebih lanjut Umar r.a berkata. "Aku tidak menginginkan kedudukan, tetapi saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata:
'Semua sebab dan nasab akan terputus pada hari kiamat kecuali sebabku dan nasabku. Semua anak yang dilahirkan ibunya bernasab kepada ayah mereka kecuali anak Fatimah, akulah ayah mereka dan kepadaku mereka bernasab'. Umar r.a berkata lebih lanjut: 'Aku adalah sahabat beliau, dan dengan hidup bersama Ummu Kaltsum aku ingin memperoleh hubungan sebab dan nasab (dengan Rasulullah s.a.w.)'.

Abulkhair Al-Qazwainiy meriwayatkan sebuah hadits dari Anas bin Malik r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. ketika menikahkan 'Ali bin Abi Thalib r.a dengan Siti Fatimah r.a berkata sebagai berikut:
"Allah mempererat kerukunan kalian berdua, memenangkan pengikut kalian, memberkahi kalian dan semoga mengeluarkan keturunan yang banyak dan baik dari kalian".
Anas mengatakan: Demi Allah, benarlah bahawa Allah mengeluarkan keturunan yang banyak dan baik dari dua orang (suami-isteri) itu.
Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Ummu Aiman r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pada malam pertama pernikahan 'Ali dengan Fatimah radhiyallahu 'anhuma berdoa bagi keselamatan kedua-duanya.  

Untuk Fatimah r.a beliau berdoa:
"Ya Allah, ia (Fatimah r.a) dan keturunannya kuperlindungkan kepadaMu dari syaitan terkutuk".

Untuk 'Ali r.a beliau berdoa:
"Ya Allah, ia ('Ali r.a) dan keturunannya keperlindungkan kepadamu dari syaitan terkutuk".

Kemudian kepada 'Ali r.a beliau berkata:
"Gaulilah keluargamu bismillah wal barakah".
Al-Bazar, Abu Ya'la, Thabraniy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits dari Ibnu Mas'ud r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata: 

"Fatimah telah menjaga kehormatannya, kerana itu Allah mengharamkan dia dan keturunannya dari neraka". 

Al-Bukhariy dan Muslim dalam 'Shahih'nya masing-masing meriwayatkan sebuah hadits dari Siti Fatimah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepadanya: 

"Apakah engkau tidak puas menjadi sayyidatu nisa'ul Mu'minin (wanita kaum Muslimin yang terkemuka)"?

Tirmudziy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits dari Usaman bin Zaid r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Keluargaku yang paling kucintai ialah Fatimah".
Imam Ahmad bin Hanbal dan Tirmudziy meriwayatkan sebuah hadits dari Ibnuz-Zubair r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Fatimah adalah bahagian dari diriku, apa yang mengganggunya mengganggu diriku dan apa yang menyakitinya menyakiti diriku".
Dalam kitab 'Al-Ghilaniyyat' Abubakar meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Ayuub Al-Anshariy, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:
"Pada hari kiamat akan terdengar suara berseru dari tengah Arsy: 'Hai semua manusia, tundukkanlah kepala dan pejamkan mata kalian hingga Fatimah binti Muhammad lewat di atas shirath! Fatimah kemudian berjalan bersama tujuhpuluh ribu bidadari secepat kilat hingga sampai ke syurga". 

Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Barangsiapa mencintaiku dan mencintai kedua anak itu – yakni al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu 'anhum – serta mencintai ayah bonda mereka (yakni Imam 'Ali dan Siti Fatimah radhiyallahu 'anhuma) kemudian ia mati dalam keadaan mengikuti sunnahku ia akan masuk syurga yang sederajat dengan syurgaku".
Abu Ya'la meriwayatkan sebuah hadits dari Salmah bin Al-Akwa r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:
"Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit sedangkan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku dari perselisihan".
Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Rasulullah berkata:
"Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah langit; dan apabila ahlulbait lenyap, lenyaplah penghuni bumi".
Dalam hadits lain Rasulullah berkata:
"Apabila ahlulbaitku punah, maka tibalah apa yang dijanjikan dalam ayat-ayat Al-Qur'an kepada penghuni bumi (yakni kepunahan)".
Ibnu Adiy dan Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari 'Ali bin Abi Thalib r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Di antara kalian yang paling mantap (tidak goyah) di atas shirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlulbaitku".
Tirmudziy, Ibnu Majah dan Al-Hakim meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:
"Aku memerangi orang yang memerangi mereka (ahlulbaitku) dan berdamai dengan orang yang berdamai dengan mereka".
Ibnu Ma'jah meriwayatkan sebuah hadits yang berasal dari Al-'Abbas bin Abdul Mutthalib, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Kepada ada orang-orang yang sedang bercakap-cakap kemudian jika didatangi seorang dari ahlulbait lalu memutuskan pembicaraan? Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, iman tidak akan masuk ke dalam hati seorang sebelum ia mencintai mereka (ahlulbaitku) demi kerana Allah dan kerana kerabatku".
Menurut riwayat lain beliau berkata:
"Seseorang (hamba Allah) tidak beriman kepadaku sebelum ia mencintaiku, dan ia tidak mencintaiku sebelum mencintai ahlulbaitku".
Dalam riwayat hadits yang lain lagi beliau berkata:
"Mereka tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan mereka tidak beriman sebelum mencintai kalian (ahlulbait Rasulullah s.a.w.) demi kerana Allah dan Rasul-Nya".
Thabraniy dan Al-Baihaqiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawa dalam salah satu khutbah di atas mimbar Rasulullah s.a.w. berkata:
"Kepana ada orang-orang yang menggangguku mengenai nasab dan kaum kerabatku? Bukankah orang yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia telah menggangguku dan siapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah s.w.t.?"
Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Barangsiapa mencintai Allah ia mencintai Al-Qur'an. Barangsiapa yang mencintai Al-Qur'an ia mencintai aku dan barangsiapa yang mencintai aku ia tentu mencintai para sahabatku dan kaum kerabatku".
Al-Mala dalam kitab 'Sirah'nya mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Tidak ada yang mencintai kami ahlulbait kecuali orang yang beriman dan bertakwa, dan tidak ada yang membenci kami kecuali orang munafik dan derhaka".
Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits dari Ibnu Sa'id Al-Khudhariy bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Allah sangat murka terhadap orang yang menggangguku melalui ahlulbaitku (itrahku)".
Ad-Dailamiy mengatakan, benarlah bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Barangsiapa yang ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) dan ingin mendapat kebahagiaan dengan kebajikan yang dikurniakan Allah kepadanya, hendaklah berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalanku. Barangsiapa tidak berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalku, ia akan dipendekkan umurnya, dan pada hari kiamat ia akan dihadapkan kepadaku dalam keadaan mukanya berwarna hitam". 

Ibnu Sa'ad mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:
"Hendaklah kalian berwasiat yang baik mengenai ahlulbaitku. Kelak aku akan menggugat kalian. Barangsiapa yang kugugat bererti aku menjadi lawannya, dan orang yang menjadi lawanku ia masuk neraka. Barangsiapa yang menjaga baik-baik wasiatku mengenai ahlulbaitku, bererti ia telah membuat perjanjian dengan Allah".
Ibnu Sa'ad juga mengetengahkan hadits lain, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Aku dan ahlulbaitku ibarat sebuah pohon di syurga yang cabang dahannya berada di dunia. Barangsiapa menghendaki dapat menjadikannya sebagai jalan kepada Tuhannya".
Ad-Dailamiy mengetengahkan sebuah riwayat hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Doa seseorang masih tertutup hijab sebelum ia mengucapkan shalawat bagi Muhammad dan ahlulbaitnya: Ya Allah limpahkanlah shalawat kepada Muhammad, aal Muhammad dan para sahabatnya dan limpahkanlah salam sejahtera kepada mereka".
Tirmudziy dan Al-Hakim meriwayatkan hadits dari Ibnu 'Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Cintailah Allah yang dengan nikmat kurnia-Nya memberi makan kepada kalian, dan cintailah aku demi kerana Allah s.w.t. serta cintailah ahlulbaitku demi kecintaan kalian kepadaku".
Al-Baihaqiy dan Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegaskan:
"Seorang hamba Allah tidak beriman sebelum ia mencintai diriku lebih daripada dirinya sendiri, lebih mencintai keturunanku daripada keturunannya, lebih mencintai keluargaku daripada keluarganya dan lebih mencintai dzatku daripada dzatnya sendiri".
Ad-Dailamiy mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kaum Muslimin:
"Didiklah anak-anak kalian supaya mempunyai tiga macam sifat: Mencintai Nabi kalian, mencintai ahlulbaitnya dan gemar membaca Al-Qur'an".
Al-Hafidz As-Salafiy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Muhammad bin Al-Hanafiyyah, bahawa ia (Muhammad bin Al-Hanafiyyah) dalam tafsirnya mengenai firman Allah dalam surah Maryam: 96, iaitu:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, Allah Yang Maha Pengasih akan  menanamkan dalam hati mereka  rasa kasih sayang".
Mengatakan:
"Seorang mu'min tidak akan mantap imannya sebelum di dalam hatinya terdapat rasa kasih-sayang kepada 'Ali r.a dan ahlulbaitnya".
Abu Sa'id di dalam kitab 'Syarafun-Nubuwwah' mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata kepada Fatimah r.a:
"Hai Fatimah, engkau marah Allah marah, dan engkau ridho (puas) Allah ridho".
Al-allamah Ibnu Hajar dalam kitabnya, 'Ash-Shawaiqul-Muriqah', menerangkan sebagai berikut:
Barangsiapa mengganggu salah seorang putera Fatimah, ia akan menghadapi bahaya kerana perbuatannya itu membuat marah Siti Fatimah r.a. Sebaliknya, barangsiapa mencintai putera-putera Fatimah r.a ia akan memperoleh keridhaannya.

Ibnu Hajar lebih jauh mengatakan:
Orang harus menahan diri sampai mengecam mereka (ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w.). Jika ada seorang di antara mereka yang berbuat fasik berupa bid'ah atau lainnya, yang harus dikecam hanyalah perbuatannya, bukan dzatnya, kerana dzatnya itu merupakan bahagian dari Rasulullah s.a.w., sekalipun antara dzat beliau dan dzat orang itu terdapat perantara (wasa'ith).
Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Barangsiapa ingin bertawassul (berwasilah) padaku dan ingin memperoleh syafaatku pada hari kiamat, hendaklah ia menyambung hubungan (yakni memelihara kasih-sayang) dengan ahlulbaitku dan berbuat yang menyenangkan mereka".
Ibnu Asakir meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Imam 'Ali r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Barangsiapa yang menanam budi baik bagi ahlulbaitku, pada hari kiamat kelak ia akan kubalas".
Dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. berkata:
"Pada hari kiamat aku akan menjadi penolong (syafi') bagi empat golongan orang, iaitu: Orang yang menghormati keturunanku, orang yang memenuhi kebutuhan mereka, orang yang berusaha membantu urusan mereka pada saat mereka membutuhkan bantuannya, dan orang yang mencintai mereka dengan hatinya".
Al-Bazar dan Thabraniy meriwayatkan sebuah hadits panjang dari Al-Hasan bin 'Ali radhiyallahu 'anhuma, yang antara lain mengatakan:
"Aku termasuk ahlul-bait yang Allah mewajibkan setiap Muslim supaya berkasih-sayang dengan mereka. Mengenai merekalah Allah telah menurunkan ayat Al-Qur'an: "Katakanlah (hai Muhammad): 'Aku tidak minta upah apa pun atas seruanku kecuali kasih-sayang kepada keluargaku'. Dan siapa yang berbuat kebaikan akan Kami tambahkan kebaikan baginya". [Asy-Syura: 51]
Berbuat kebaikan dalam ayat tersebut bermakna kasih-sayang kepada ahlul-bait.
Hadits lainnya yang semakna dan diketengahkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dari Ibnu 'Abbas r.a yang menafsirkan kata 'kebaikan' dalam ayat tersebut di atas dengan 'kasihsayang kepada aal Muhammad s.a.w." 

Riwayat mengenai sikap hormat para sahabat Nabi kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w

Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a pernah berkata kepada Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a sebagai berikut:
"Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, sungguhlah bahawa kerabat Rasulullah s.a.w. lebih kucintai daripada kerabatku sendiri".
Umar Ibnul-Khatthab r.a pernah berkata kepada 'Abbas bin Abdul Mutthalib, paman Nabi s.a.w., dengan bersumpah, bahawa andaikata ayah Umar sendiri memeluk Islam maka bagi Umar Islamnya 'Abbas r.a lebih disukai olehnya, kerana Rasulullah s.a.w., lebih menyukai Islamnya 'Abbas r.a.
Pada suatu hari Zainul Abidin bin Al-Husein bin 'Ali bin Thalib radhiyallahu anhum datang ke rumah Ibnu 'Abbas r.a, ia disambut dengan ucapan: 'Marhaban bil-habib ibnil-habib' ('Selamat datang saudara tercinta putera saudara tercinta').
Pada suatu hari Zaid bin Tsabit r.a melawat seorang sahabat yang wafat. Sesuai menunaikan sholat jenazah datang seorang membawa seekor keldai untuk ditungganginya. Oleh Zaid r.a keledai itu diserahkan kepada Ibnu 'Abbas r.a yang berada di dekatnya seraya berkata:
"Hai putera paman Rasulullah, biarlah anda saja yang mengendarai keledai ini!"
Ibnu 'Abbas r.a menyahut: 'Memang demikianlah Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita supaya menghormati para ulama". Sambil mencium tangan Ibnu 'Abbas r.a, Zaid bin Tsabit r.a berkata: "Memang demikianlah Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita supaya menghormati ahlulbait beliau s.a.w."
Umar bin Abdul Aziz r.a (Khalifah Bani Umayyah satu-satunya yang terkenal saleh dan zuhud) berkata kepada buyut Rasulullah s.a.w. yang bernama Abdullah bin Al-Hasan Al-Mutsanna bin Al-Hasan bin 'Ali radhiyallahu anhum:
"Bila anda membutuhkan sesuatu tulis sajalah surat kepadaku, kerana aku malu kepada Allah yang melihat anda berdiri di depan pintu kediamanku".
Ketika Umar bin Abdul Aziz masih menjabat sebagai penguasa kota Madinah, buyut perempuan Rasulullah s.a.w. yang bernama Fatimah binti 'Ali Zainul Abidin bin Al-Husein bin 'Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhum datang kepadanya. Semua orang yang berada di dalam rumah disuruh keluar oleh Umar bin Abdul Aziz, kemudian ia berkata kepada Fatimah r.a: "Di muka bumi ini tidak ada keluarga yang lebih kucintai daripada kalian, dan kalian lebih kucintai daripada keluargaku sendiri".
Abu Bakar bin Ayyasy berkata: "Seumpama Abu Bakar, Umar dan 'Ali radhiyallahu anhum; tiga-tiganya itu datang bersama kepadaku untuk suatu kebutuhan, tentu aku mendahulukan 'Ali daripada dua orang sahabatnya itu, kerana hubungan kekerabatan 'Ali dengan Rasulullah s.a.w. Daripada aku mendahulukan Abu Bakar dan Umar, rasanya aku lebih baik dijatuhkan dari langit ke bumi!"
Apabila Ibnu 'Abbas r.a menanyakan suatu hadits kepada seorang sahabat Nabi, ia selalu datang ke rumahnya. Pada suatu hari seorang sahabat Nabi yang didatanginya berkata: "Semestinya anda menyuruh orang saja memanggil saya, dan saya pasti datang kepada anda"! Ibnu 'Abbas menjawap: "Akulah yang harus datang kepada anda"! 
Imam Ahmad bin Hanbal 
pernah disesali beberapa orang kerana mengadakan hubungan dekat dengan seorang penganut mazhab Syi'ah. Terhadap reaksi mereka itu ia berkata: "Subhanallah, ia seorang yang sangat mencintai ahlulbait Rasulullah s.a.w., dan ia seorang perawi yang dapat dipercayai"! Apabila Imam Ahmad melihat ada seorang terkemuka datang ke rumahnya, lebih-lebih jika yang datang itu orang Quraisy, ia segera keluar menjemputnya, mempersilakan masuk, dan ia sendiri berjalan di belakangnya.
Imam Abu Hanifah  
sangat besar kecintaannya kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w., menghormati mereka dan sering membantu kesukaran mereka, baik yang sedang dikejar-kejar oleh kekuasaan Bani Umayyah mahupun yang tidak. Pada suatu saat ia memberi bantuan kewangan kepada keluarga ahlulbait yang sedang dikejar-kejar dengan wang sebesar 12 000 dirham. Bahkan ia mendorong sahabat-sahabatnya supaya membantu kesulitan para anggota keluarga ahlulbait Rasulullah s.a.w.
Demikian juga Imam Malik r.a
ia seorang yang sangat mencintai dan menghormati keluarga ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ketika itu ia dipukuli hingga pingsan oleh penguasa Madinah yang bernama Ja'far bin Sulaiman Al-'Abbasiy (dari keluarga 'Abbas). Setelah sedarkan diri kembali ia berucap: "Saya bersaksi bahawa orang yang memukulku tidak salah"! Ketika ada orang bertanya apa sebabnya, Imam Malik menjawap: "Saya takut dan malu kalau saya mati dan bertemu dengan Rasulullah s.a.w. ada seorang dari kerabat beliau (Yakni Ja'far bin Sulaiman) masuk neraka kerana diriku"! Beberapa waktu kemudian ketika Khalifah Al-Manshur (dari dinasti Bani 'Abbas) datang ke Madinah dan berniat hendak mengambil tindakan terhadap Ja'far bin Sulaiman, ia menyerahkan sebuah cambuk kepada Imam Malik dan menyuruhnya supaya membalas perbuatan Ja'far. Saat itu Imam Malik menjawap: "Ma'adzallah, demi Allah, saya tidak akan memukulnya dengan cambuk ini, saya telah menyatakan dia tidak bersalah kerana ia kerabat Rasulullah s.a.w."! 

Imam Syafi'iy r.a  
lebih besar lagi kecintaannya kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ketika ia dituduh oleh kaum Khawarij sebagai pengikut kaum Rawafidh dan kaum Nawashib (kerana kecintaan dan penghormatannya kepada ahlulbait dan Abu Bakar Ash-Shiddiq dan Umar Ibnul-Khatthab radhiyallahu anhum); dalam beberapa bait sya'irnya ia menjawap tegas:

"Kalau aku dituduh oleh orang-orang bodoh sebagai penganut kaum rawafidh kerana aku memuliakan 'Ali r.a…kalau aku dituduh sebagai penganut kaum nawashib kerana aku memuliakan Abu Bakar r.a, biarlah aku selamanya menjadi orang rawafidh dan nawashib kedua-duanya, kerana aku memang memuliakan 'Ali dan Abu Bakar radhiyallahu 'anhuma, kendatipun aku akan dibenamkan dalam gundukan pasir"… "Kalau kerana mencintai aal Muhammad aku dituduh penganut kaum Rawafidh, biarlah Tsaqalain (Kitabullah dan ahlulbait Rasulullah s.a.w.) menjadi saksi bahawa aku ini seorang rawafidh"!

Demikianlah beberapa contoh mengenai kesetiaan para sahabat Nabi dan para Imam empat mazhab kepada wasiat Rasulullah s.a.w. yang mewanti-wanti ummatnya supaya menghormati dan memuliakan ahlulbait beliau s.a.w. 

Hal itu banyak ditegaskan dalam Al-Qur'anul-Karim, antara lain firman Allah s.w.t. :

"Barangsiapa taat kepada Rasul berarti taat kepada Allah…" [An-Nisa: 80]
"…Dan Allah beserta Rasul-Nya itulah yang lebih berhak didambakan keridhaan-Nya…" [At-Taubah: 62]
"Hendaklah kalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya…" [An-Nisa: 136]
Masih banyak lagi ayat Al-Qur'an yang semakna dengan ayat-ayat tersebut di atas. Jadi, sekalipun yang terpokok adalah iman kepada Allah s.w.t., namun iman kepada Rasul-Nya sama sekali tidak terpisahkan dari iman kepada Allah. Atas dasar pengertian yang benar itu, maka soal menjaga kehormatan dan memelihara hak-hak ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. – sebagaimana yang beliau wasiatkan dalam hadits Tsaqalain dan lain-lainnya – merupakan kewajipan ummat Islam dalam rangka melaksanakan ketaatan kepada Rasulullah s.a.w.
Memandang ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. sebagai orang-orang mulia sama sekali tidak mengurangi makna firman Allah s.w.t. dalam Al-Qur'an:
"Kalian Kami jadikan berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kalian saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian ialah yang paling besar takwanya". [Al-Hujurat: 13]
dan tidak pula mengurangi makna sabda Rasulullah s.a.w. yang menegaskan:
"Tiada kelebihan bagi orang Arab atas orang bukan Arab ('Ajam) dan tiada kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab kecuali kerana takwa"
Ayat 13 surah Al-Hurujat dan hadits Nabi yang kami kemukakan di atas itu tidak bertentangan dengan ayat 33 surah Al-Ahzab yang menegaskan:
"Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan rijsa (kotoran) dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya".

Kemuliaan yang diperoleh seorang beriman dari kebesaran takwanya kepada Allah dan Rasul-Nya adalah kemuliaan yang bersifat umum, yakni dapat diperoleh setiap orang beriman dengan jalan takwa. Lain halnya dengan kemuliaan ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. Mereka memperoleh kemuliaan berdasarkan kesucian yang dilimpahkan Allah kepada mereka sebagai keluarga dan keturunan Rasulullah s.a.w. Jadi, kemuliaan yang ada pada mereka bersifat khusus, tidak mungkin dapat diperoleh orang lain yang bukan ahlulbait dan bukan keturunan Rasulullah s.a.w. Akan tetapi itu tidak bererti bahawa mereka tidak diharuskan bertakwa kepada Allah dan Rasul-Nya. Dengan memperbesarkan ketakwaan kepada Allah dan Rasul-Nya mereka memperoleh kemuliaan khusus dan kemuliaan umum, sedangkan orang-orang selain mereka dengan ketakwaan kepada Allah dan Rasul-Nya hanya memperoleh kemuliaan umum. Itulah yang membezakan martabat kemuliaan ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. dari martabat kemuliaan orang-orang selain mereka. Ketinggian martabat yang diberikan Allah kepada mereka merupakan penghargaan Allah s.w.t. kepada Rasul-Nya, junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w.
Mengenai kemuliaan para sahabat Nabi, Allah s.w.t. telah menyatakan pujian dan penghargaanNya atas kesetiaan dan ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan atas keikhlasan mereka dalam perjuangan menegakkan kebenaran Allah di muka bumi. Dalam Al-Qur'anul-Karim Allah telah berfirman:
"Kalian adalah ummat terbaik yang dilahirkan bagi ummat manusia. Kalian menyuruh manusia berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran." [Aali Imran: 110]
"Dan demikian pula kalian telah Kami jadikan ummat yang adil – wasathan – agar kalian menjadi saksi atas perbuatan manusia". [Al-Baqarah: 143]
"…Pada hari Allah tidak merendahkan Nabi dan kaum mu'minin yang menyertainya, cahaya mereka memancar di hadapan dan sebelah kanan mereka…" [At-Tahrim: 8]
"Sesungguhnyalah, bahawa Allah telah ridha kepada orang-orang beriman ketika mereka menyatakan janji setia kepadamu di bawah sebatang pohon – Bai'atur-Ridhwan". [Al-Fath: 18]
"…Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama memeluk Islam di kalangan kaum Muhajirin dan Ansar serta semua orang yang mengikuti mereka dengan baik. Kepada mereka itu Allah telah ridha dan mereka pun ridha kepada Allah…" [At-Taubah: 100]
"Hai Nabi, cukuplah bagimu Allah dan orang-orang beriman yang mengikutimu – yang akan membelamu". [Al-Anfal: 64]

Sebagai sesama manusia, para ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. adalah sama dengan para sahabat Nabi dan keturunannya. Mereka bisa saja berbuat suatu kekeliruan atau terkena dosa, kerana bukan orang-orang ma'sum (terpelihara dari kemungkinan berbuat kekeliruan). Orang-orang yang ma'sum hanyalah para Nabi dan Rasul, sebagai pembawa syari'at Ilahi dan hukum-hukum-Nya untuk disampaikan kepada ummat manusia. Betapa pun tingginya martabat, keutamaan (fadha'il) dan ketakwaan mereka, sebagai manusia mereka tetap menghadapi kemungkinan berbuat kekeliruan. Namun secara khusus bagi ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w., atas berkah dan kepemurahan Allah s.w.t. mereka itu memperoleh ampunan atas segala kekeliruan dan kesalahan yang mungkin diperbuat, dan Allah memelihara mereka dari cacat cela yang dapat merendahkan kadudukan mereka.
Jelaslah, kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. Allah berfirman: "Allah hendak menghapuskan kotoran (rijsa) dari kalian dan mensucikan kalian sesuci-sucinya"; sedangkan mengenai para sahabat Nabi, Allah berfirman: "…Allah telah ridha kepada orang-orang beriman ketika mereka menyatakan janji setia kepadamu di bawah sebatang pohon" (Bai'atur-Ridhwan).
Dilihat dari sudut akal, bisa saja terjadi suatu perbuatan tidak menyenangkan ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang dilakukan oleh seorang atau beberapa sahabat Nabi, dan sebaliknya. Hal itu bukan merupakan kejadian aneh, kerana setiap manusia dapat saja berbuat kekeliruan dan kesalahan, apalagi mereka itu bukan orang-orang ma'sum.
Kita, seluruh kaum Muslimin, wajib mencintai dua golongan tersebut agar kita – insya Allah – dapat memperoleh kebajikan di dunia dan akhirat. Kita wajib memandang mereka semua dengan sikap yang adil, mengingat jasa-jasa yang telah mereka berikan kepada agama Islam dan kepada ummat Islam. Pandangan kita terhadap mereka semua harus bertitik-tolak pada keinginan memperoleh keridhaan Allah dan Rasul-Nya. Kita harus menjauhkan dari hati dan fikiran kita kecenderungan nafsu berpihak kepada yang satu dan mengecam yang lain. Orang yang berfikir sihat tentu tidak akan membiarkan dirinya dicekam oleh fikiran dan perasaan yang tidak selaras dengan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah. 

2013@abdkadiralhamid
 ========00o00=========

No comments:

Post a Comment